Sabtu, 30 Mac 2013

Karangan jenis cerita (UPSR)

Penerangan:-
*Cerita atau cereka adalah karangan yang berbentuk khayalan yang berdasarkan pengalaman,
pembacaan ataupun pendengaran.
*Semua perkara boleh menjadi bahan cerita asalkan logic dan meyakinkan.
*Setiap cerita perlu mempunyi nilai-nilai murni yang boleh diteladani seperti hormt-menghormati, bekerjasama, semangat petriotik, kasih saying dan keberihaan.
*Watak dalam cerita tidak semestinya terdiri daripada manusia. Watak haiwan atau makhluk lain juga boleh digunakan.
*Murid boleh mnggunakan pelbagai sudut pandangansama ada menggunakan kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga
*Penggunaan dialog yang tidak keterlaluan boleh dimanfaatkan untuk mewujudkan kelainan dari segi penyampaian.
*Cerita mestilah mempunyai permulaan, puncak cerita dan peleraian cerita.
*Murid boleh menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tertapi penggunaannya biarlah terkawal.

Contoh 1
Pada suatu pagi, kamu tiba di sekolah paling awal berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Sementara menanti ketibaan rakan yang lain, telah berlaku satu peristiwa yang tidak mungkin kamu lupakan.Tulis satu cerita dari peristiwa tersebut.

Rangka karangan.
Pendahuluan
*Ayah menghantar awal ke sekolah.
-Jam menunjukkan 6.40 pagi.
-Persekitaran begitu gelap.

Idea
1)Duduk di kantin seorang diri.
-Suasana begitu sepi.
-Terdengar barang jatuh.

2)Bergerak menuju ke makmal computer.
-Terlihat baying-bayang manusia
-Bukan baying-bayang tetapi manusia.

3)Menjerit apabila terlaanggar pasu.
-Tiga pencuri menuju kea rah saya.
-Saya berlari ke arah pagar.

4)Sambil berlari saya menjerit.
-Pengawal keselamatan mendengar jeritan saya.
-Menunjuk kearah pencuri yang menuju ke arah saya.

Penutup
Pencuri melarikan diri.
-Mereka memanjat pintu pagar.
-Mengucapkan rasa syukur.
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.

Tajuk: Peristiwa Pada Suatau Pagi.
Oleh sebab ayah mahu cepat ke pejabatnya, ayah telah menghantar saya awal ke sekolah.  Ketika saya tiba, jam baru menunjukkan pukul 6.40 pagi. Persekitaran sekolah begitu gelap.
            Saya duduk seorang diri di kantin yang diterangi cahaya lampu elektrik. Suasana begitu sepi.Dala kesepian itu, tiba-tiba saya terdengar suatu barang jatuh di makmal computer.
            Seperti ada kuasa yang mendorong saya bangun dan bergerak ke arah makmal computer yang terletak 100 meter dari tempat saya duduk. Saya melihat seakan-akan baying manusia bergerak-gerak. Tidak salah lagi, itu bukan bayang-bayang tetapi manusia!
            Saya terlanggar pasu bunga menyebabkan saya menjerit kesakitan. Jeritan itu menyebabkan tiga lembaga yang sedang mengangkat computer menuju ke arah saya.Saya berlari pantas ke pintu pagar seperti lipas kudung.
            Sambil berlari saya menjerit meminta tolong. Jeritan saya didengari oleh pengawal keselamatan di pondok pengawal. Saya menunjukkan kea rah tiga lelaki yang mengejar saya.
            Melihat saya ditemani oleh pengawal keselamatan, pencuri-pencuri itu segera melarikan diri. Mereka memanjat pintu pagar. Saya bersukur kerana merek tidak sempat mengapa-apakan diri saya.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti lipas kudung – bermaksud bergerak dengan cepat/berlari pantas atau pantas membuat kerja.

Contoh 2
Ketika kamu dan rakan-rakan bersiap-siap untuk melkukan aktiviti kokurikulum, tiba-tiba kamu ternampak asap keluar dari sebuah bilik bangunan sekolah.
Terangkan usaha kamu untuk memastikan kemusnahan harta benda dapat dielakkan.

Rangka karangan
Pendahuluan
Aktiviti pada hari Rabu.
-Memasuki pasukan Pengakap.
-Ke kentin untuk minum.

Idea
1)Menuju ke kentin melalui Blok Bestari
-Ternampak asap hitam dari atas Block Bestari.
-Blok udah dijilat api.

2)Perlu bertindak cepat.
-Yakin terdapat kebakaran di tingkat atas.
-Berlari menuju ke pejabat sekolah.

3)Cikgu Azmi keluar dari kereta.
-Menerangkan kejadian yang berlaku.
-Memberitahu Guru Besar.

4)Guru Besar melihat kebakaran.
-Menghubungi pasukan bomba.
-Murid berhimpun di kawasan lapang.

Penutup
Bomba tiba 20 minit kemudian.
-Kerja memadamkan kebakaran dimulakan.
-Bersyukur kerana barang penting tidak terbakar.

Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.

Tajuk: Sebelum Api Merah Menyala.
Akiviti pasukan beruniform dijalankan pada setiap hari Rabu, jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Saya memasuki unit beruniform Pasukan Pengakap. Sambil menanti aktiviti bermula, saya dan rakan-rakan menuju ke kentin untuk alas perut.
            Dalam pejalanan ke kentin, kami melali Blok Bestari. Tiba-tiba saya ternampak kepulan asap hitam di atas Blok Bestari. Saya yakin blok yang menempatkan pusat sumber sudah dijilat api dan jika lambat bertindak, satu blok mungkin akan terbakar.
            “Nampaknya blok ini dijilat api!  Kita perlu bertindak cepat!” saya menuding ke atas. Raju dan Kim Boon melihat keatas, kemudian mengiakan kata-kata saya bahawa terdapat kebakaran di tingkat atas.Tanpa berlengah lagi, saya berlari menuju ke pejabat sekolah.
            Sebelum sampai ke tempat yang dituju, saya terserempak dengan Cikgu Azmi yang bru keluar dari kereta Wajanya. Saya menerangkan kejadian yang saya lihat, kemudian saya bergegas ke pejabat. Saya ternampak Guru Besar ada di pejabatnya, lalu saa menerangkan secara cepat dan tepat kejadian yang berlaku.
            Guru Besar terus keluar dari pejabatnya. Dari pejabat, kami nampak kepulan asap hitam dari hujung Blok Bestari. Guru Besar segera menelefon Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum mengarahkan murid-murid berhimpun di kawasan lapang di depan pejabat.
            Kira-kira 20 minit kemudin, Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba.Kerja-kerja memadamkan kebakaran dimulakan. Saya berasa bersyukur kerana harta benda sekolah seperti buku dapat diselamatkan daripada musnah dijilat api.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Alas perut  - Bermaksud makan sedikit untuk menahan lapar.

Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:
  1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
  2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
  3. Karangan jenis Ucapan
  4. Karangan jenis Syarahan
  5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
  6. Karangan jenis Berita
  7. Karangan jenis Catatan Diari
  8. Karangan jenis Laporan
  9. Karangan jenis Perbahasan
  10. Kad Jemputan
Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat
  1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
  2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
  3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
  4. Karangan Jenis Perbincangan
  5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
  6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
  7. Karangan Jenis Peribahasa
PANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : 
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.


 Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:
  • Apa?
  • Siapa?
  • Bila?
  • Mengapa?
  • Di mana?
  • Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karanganB. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.